ATM susun anggota laksana Op Murni

ATM susun 18,616 anggota tentera laksana Op Murni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menggerakkan 18,616 anggotanya dalam Op Murni bagi membantu mangsa banjir sekiranya diperlukan.

Dalam satu kenyataan Tentera Darat Malaysia (TDM) memberitahu, pasukan itu akan membantu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Pihak Berkuasa Awam (PBA) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengendalikan situasi bencana banjir yang dijangka berlaku sekiranya diperlukan.

Justeru itu, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Datuk Seri
Muhammad Ab Rahman telah mengeluarkan Direktif Pemula Operasi Murni (Op MURNI) baru-baru ini dengan misi untuk memberi bantuan kemanusiaan dan kecemasan kepada mangsa bencana di dalam negara.

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan pula
telah dilantik sebagai peneraju Op Murni melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan
ATM.

Beliau diberi kuasa Operational Command (OPCOMD) ke atas aturgerak trup dan
mengarahkan tindakan segera selaras dengan Arahan MKN No.20 seperti melantik Appointed Military Commander (AMC) terdiri daripada semua Panglima Briged di setiap negeri di Semenanjung serta Panglima Divisyen di
Sabah dan Sarawak.

Beliau juga akan mengadakan Pegawai Perhubungan Tentera (Liaison Officer) di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Persekutuan, Negeri dan Daerah jika diperlukan serta melantik seorang pegawai daripada Markas Tentera Darat – Cawangan
Operasi dan Latihan (MKTD-OPLAT) sebagai Point of Contact (POC) kepada
NADMA.

PTD juga akan menyelaras kerjasama ATM dengan agensi-agensi yang terlibat termasuk
bantuan perkhidmatan awam (utiliti) melalui Rejimen Pakar RAJD serta bersedia melaksanakan penugasan-penugasan lain atas arahan.

Kenyataann itu juga menyebut, Op Murni akan dilaksanakan apabila Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat/Negeri/Daerah memerlukan ATM untuk membantu agensi-agensi kerajaan berkaitan dalam memberikan bantuan kepada penduduk yang terjejas akibat bencana banjir termasuk membaik pulih perkhidmatan awam (utiliti) sekiranya diperlukan

Kenyataan itu juga memberitahu, skop penugasan ATM semasa berlakunya bencana termasuklah menyediakan bantuan angggota di semua peringkat, menyediakan bantuan pengangkutan secara terhad bagi pergerakan di darat, udara dan laut.

ATM juga katanya akan menyediakan bantuan peralatan logistik seperti peralatan jentera bagi kerja-kerja pertolongan semasa bencana, menyediakan bantuan khidmat kepakaran seperti pakar letupan, kejuruteraan, perhubungan perubatan medan,pemindahan ketika bencana, bantuan penyelam bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta menyediakan bantuan bagi program pemulihan dan pembangunan semula selepas bencana sekiranya diperlukan.

Menurutnya,aset-aset tentera juga akan digerakkan antaranya 307 buah bot, 372 kenderaan 1 tan, 660 kenderaan 3 tan,
25 kenderaan 5 tan dan 26 buah pesawat.

Selain itu katanya,sebanyak dua Tim FMT (Forward Medical Team) Tahap 1, berkuatan
1 pegawai perubatan dan 4 Paramedik bagi setiap tim akan ditubuhkan di setiap formasi Briged TDM selain Hospital Medan ATM Tahap 2 yang mempunyai kemudahan
Dewan Bedah, Bius dan ICU dengan 112 staf terdiri daripada 6 Pakar Perubatan,
6 pegawai Perubatan, 100 staf sokongan klinikal dan bukan klinikal akan diaturgerak sekiranya hospital kerajaan terputus hubungan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya