Arwah Suhaimi Saat sedekah mesin basuh untuk jiran - Utusan Malaysia

Arwah Suhaimi Saat sedekah mesin basuh untuk jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenalan terdekat penyanyi Suhaimi Saat, Ryhan Musa, mendedahkan Allanyarham telah menyumbangkan mesin basuh milik keluarganya untuk jiran mereka yang memerlukan.

Menurut perkongsian Ryhan dalam satu hantaran di Facebook, arwah Suhaimi meminta isterinya, Ina Naim memberikan mesin basuh mereka sebagai ganti mesin basuh jirannya yang telah rosak.

“Ina nampak anak jiran angkat bakul baju bawa keluar rumah dengan muka penat. Ina tanya jiran ‘ kenapa’?

“Jiran jawab ‘spin’ mesin basuhnya rosak. Ina masuk lalu cerita dengan suami tentang mesin basuh jiran itu rosak.

“Lalu arwah suruh anaknya berikan mesin basuh kepunyaan mereka kepada jiran tersebut. Mulianya hati,” tulis wanita itu.

Mengintai ruangan komen, ramai yang tersentuh dengan cerita berkenaan dan menyedekahkan bacaan al-fatihah kepada arwah.

“Dia telah meninggalkan dunia sebelum dia meninggal dunia,” tulis netizen.

“Kadang manusia suka komen bukan-bukan, sekarang baru tahu cerita sebenar,” tulis netizen lain.

“Sangat mengagumkan, kita ini suka sangat prasangka,” konsi seorang lagi netizen.

Sebelum ini, menerusi sebuah komen di Facebook, bekas penyanyi kumpulan nasyid itu pernah mengatakan bahawa kehidupan mereka sekeluarga sangat sederhana.

Arwah juga memaklumkan di rumahnya tiada mesin basuh, peti ais, di samping menggalakkan keluarganya makan hidangan yang bersih dan segar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya