MELAKA: Komuniti etnik Ceti di Kampung Chetti, Gajah Berang dekat sini kesal apabila makanan tradisi kaum itu yang sepatutnya disebut ‘Aram Jada’ ditukar dan ditularkan kepada ‘Haram Jadah’. Mereka menyifatkan tindakan sesetengah pihak menamakan makanan tradisional itu menggunakan perkataan yang tidak sedap ditutur atau ditulis telah mendatangkan salah faham kepada orang ramai. Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penduduk, K. Suppiah Pillay, 74, berkata, dia berasa kesal apabila makanan warisan kaumnya dipanggil Haram Jadah menerusi beberapa artikel dan video dimuat naik di laman sosial. Menurutnya, dalam kalangan komuniti Ceti, tidak wujud…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya