APM sedia hadapi pertembungan MTL, El Nino

APM sedia hadapi pertembungan MTL, El Nino

AMINURRAHIM Mohamed (tengah) bergambar bersama anggota dan sukarelawan APM Kedah pada Majlis Himpunan Setia APM di Rumah Kawin MADAD, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Lebih 14,000 anggota dan sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) sudah bersedia menghadapi bencana alam berikutan jangkaan berlakunya pertembungan fenomena El Nino dan Monsun Timur Laut (MTL) pada bulan ini.

Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed berkata, bilangan anggota tersebut telah ditingkatkan berbanding hanya seramai 10,510 anggota dan sukarelawan pada tahun lalu.

Beliau berkata, pertambahan itu dilakukan berikutan jangkaan kekerapan berlaku banjir kilat dan angin kencang disebabkan pertembungan dua fenomena terbabit.

“Tumpuan APM kini lebih diberikan kepada negeri-negeri di sebelah Pantai Timur dan sebelah barat negeri Sarawak. Namun kawasan lain juga diberi perhatian jika mengalami hujan yang agak ketara,” katanya selepas merasmikan Majlis Himpunan Setia APM di sini, hari ini.

Aminurrahim berkata, pihaknya juga berharap penglibatan dan kerjasama orang awam terutamanya yang tinggal di kawasan berisiko kerana mereka sendiri yang akan berdepan dengan situasi bencana alam terbabit.

“Selain itu, kita harap orang awam juga dapat beri kerjasama baik bagi mengelak APM terpaksa mengambil tindakan tegas di bawah Seksyen 4C Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1951 atau Akta 221 ke atas orang awam yang enggan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Kalau boleh kita tak mahu sampai terpaksa ambil tindakan tegas seperti itu dan kita juga berharap apabila telah berada di PPS jangan balik semula ke rumah sebelum dibenarkan,” ujarnya.

Tambahnya, pihak APM juga telah menambah bilangan aset darat yang boleh digunakan pada waktu kecemasan atau bencana alam nanti.

“Secara keseluruhan pada tahun ini kita telah menambah sebanyak 100 buah ambulans pacuan empat roda, 46 buah kereta pacuan empat roda dan 225 buah motosikal pemantauan.

“Bagi aset di air untuk banjir, kita sentiasa buat penyelenggaraan dan kita anggap aset yang ada ini cukup untuk persediaan pada tahun ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya