Apa salah saya buat dekat orang, tanya Uqasha Senrose

Apa salah saya buat dekat orang, tanya Uqasha Senrose

Uqasha Senrose
Uqasha Senrose
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya menangis bukan sebab lemah, tetapi geram teramat sangat. Apa salah saya buat dekat orang lain?”

Demikian luahan pelakon, Uqasha Senrose selepas terdapat individu yang mengaitkannnya dengan pemergian seorang wanita yang sebelum ini pernah mendakwa dibuli oleh aktress tersebut.

Uqasha yang bersiaran langsung di TikTok dengan individu terbabit sebentar tadi turut menasihatkan wanita tersebut untuk menjaga kata-kata dan tidak mencampuri urusan yang tidak ada kena mengena dengannya.

“Saya dah lalui macam-macam dalam industri seni ini. Saya menangis bukan sebab sedih tetapi sakit hati dengan hati dan mulut orang. Kalau ada salah saya, bagitahu depan-depan.

“Media sosial bukan medium untuk buka aib sesiapa. Kalau tidak melibatkan anda, jaga kata-kata. Jangan masuk campur. Kawan dia baru meninggal dunia, cakaplah benda elok-elok.

“Sebelum mengaku itu adalah salah faham, untuk apa ciap begitu? Siap petik nama saya sekali? Boleh bersemuka, cari jalan untuk jumpa saya. Bukan begini caranya,” ujar Uqasha.

Dalam pada itu, Uqasha berkata, dia ralat kerana tidak sempat berjumpa dengan Allahyarham untuk merungkai dakwaan buli yang pernah dilemparkan terhadapnya.

“Saya ralat sebab tak sempat jumpa dia. Saya sendiri tidak tahu. Mungkin saya tak layan dia langsung ketika zaman sekolah atau macam mana? Saya tak tahu kepastian.

“Tak sempat untuk saya berjumpa, bercakap dan bersemuka. Kes yang didakwa berlaku itu sudah 15 tahun berlalu. Ada yang didakwa itu juga mengacau emosi saya,” katanya.

Pelakon Perempuan Tanpa Dosa itu sebelum ini dikaitkan dengan dakwaan buli apabila seorang wanita mendakwa pernah dibuli aktress berkenaan ketika zaman sekolah.

Uqasha seterusnya membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut yang kemudiannya meminta maaf dan mahu berbaik dengan aktress tersebut.

Namun minggu ini, individu yang mengaku teman rapat wanita tersebut membuat ciapan seolah-olah menyalahkan Uqasha di atas kematian sahabatnya itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya