'Apa perancangan PN untuk masyarakat bukan Melayu?'

‘Apa perancangan PN untuk masyarakat bukan Melayu?’

WAN AHMAD FAYHSAL dan SIVARAJ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Sivaraj Chandran mencabar Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan penyelesaian alternatif yang pratikal bagi meyakinkan rakyat termasuk bukan Melayu dalam menangani masalah ekonomi dan kos sara hidup.

Ahli Dewan Negara itu berkata, cara itu adalah lebih baik berbanding hanya menunggang populariti dengan mendendangkan isu agama dan kaum semata-mata memecah-belahkan perpaduan negara hanya demi laba politik.

Beliau berkata, kenyataan Wan Fayhsal bahawa pengundi bukan Melayu akan meninggalkan Kerajaan Perpaduan dan menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah amat dangkal hanya dengan mengaitkan alasan kegagalan menangani masalah asas ekonomi seperti kenaikan harga dan kos sara hidup.

“Saya tidak menolak bahawa kebanyakan masyarakat Malaysia tidak hanya bukan Melayu bimbang dengan keadaan kos sara hidup, harga barangan dan keadaan mata wang asing yang meningkat.

“Namun, rakyat sedar dan saya yakin kerajaan sedang menguasahakan strategi-strategi untuk menstabilkan keadaan dengan sebaik mungkin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Wan Ahmad Fayhsal dilapor berkata, kegagalan kerajaan menangani isu rakyat akan menyebabkan pengundi bukan Melayu beralih kepada PN.

Justeru, Sivaraj mempersoalkan Wan Faysal, apakah perancangan Perikatan Nasional (PN) pula untuk masyarakat bukan Melayu di negara ini jika beliau fikir Perdana Menteri dan Kerajaan Madani tidak mampu menyelesaikan masalah atas ketidakcekapan mentadbir.

Katanya, sehingga kini beliau tidak nampak sebarang belanjawan alternatif yang dibentangkan pihak pembangkang jika benar mereka komited dan mengambil berat untuk menyelesaikan masalah asas rakyat.

Apa yang pasti, katanya, mereka berterusan memainkan retorik agama dan kaum melebihi daripada mengemukakan cadangan untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah-masalah ini.

“Bagi saya masyarakat Malaysia sudah muak dengan kenyataan-kenyataan politik sebegini, apakah perancangan alternatif pembangkang bagi mengurangkan beban sara hidup rakyat Malaysia?

“Setakat ini saya tidak melihat sebarang cadangan perancangan atau penyelesaian alternatif dari pihak pembangkang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya