Anwar yakin perbincangan OIC cetus satu penyelesaian untuk Palestin - Utusan Malaysia

Anwar yakin perbincangan OIC cetus satu penyelesaian untuk Palestin

ANWAR Ibrahim (tengah) bersama Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil tiba di Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar OIC - FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin perbincangan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Ke-8 yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi  membawa satu penyelesaian bagi menamatkan kemelut kemanusiaan yang menyelubungi warga Palestin.

Perdana Menteri berkata, perbincangan tersebut bakal mencetuskan satu penyelesaian yang kukuh serta tegas dalam menangani konflik di Gaza yang sudah mengorbankan ribuan nyawa tidak berdosa.

“Pembantaian etnik ini mesti segera dihentikan demi kemanusiaan dan keamanan sejagat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, media melaporkan, Perdana Menteri mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Tergempar OIC.

Persidangan tersebut akan membincangkan mengenai serangan, kekejaman dan ketidakberperikemanusian rejim Israel yang berterusan ke atas Palestin.

Terdahulu, pesawat rasmi yang membawa Perdana Menteri dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ke Arab Saudi, selamat mendarat di Riyadh pada 11.20 pagi ini.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Gabenor Riyadh, Putera Muhammad bin Abdulrahman  Abdul Aziz.

Selain itu, Sidang Kemuncak Tergempar OIC itu berlangsung di King Abdulaziz Convention Centre pada jam 2.30 petang waktu Arab Saudi atau waktu tempatan pada 7.30 malam ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya