Anwar solat Jumaat bersama 1,800 jemaah Surau Al-Furqan

Anwar solat Jumaat bersama 1,800 jemaah Surau Al-Furqan

ANWAR Ibrahim beramah mesra dengan jemaah di Surau Al-Furqan, Presint 11, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama lebih 1,800 jemaah di Surau Al-Furqan, Presint 11, di sini.

Ketibaan Anwar yang juga Menteri Kewangan kira-kira pukul 1.05 tengah hari itu disambut Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd. Ajib Ismail.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dan beberapa kenamaan lain.

Sebaik tiba, Anwar sempat menyantuni jemaah sebelum bersama jemaah mendengar khutbah bertajuk ‘Kepimpinan Yang Diberkati’ yang disampaikan Ustaz Mohd. Zaini Ahmad.

Isi khutbah antara lain menyatakan karakter seorang pemimpin sangat berkait rapat dengan karakter rakyatnya yang mana jika rakyatnya baik, maka pemimpin juga baik dan begitu juga sebaliknya.

Khatib turut mengingatkan bahawa sangat penting bagi kedua-dua belah pihak, iaitu pemimpin dan rakyat saling mendoakan kebaikan antara satu sama lain dalam mewujudkan kitaran hubungan yang positif antara semua warganegara.

“Para ulama juga perlu bergandingan dengan para umara (pemerintah) dalam memberi nasihat dan bimbingan memerintah negara berlandaskan batas hukum yang telah ditetapkan syarak,” kata khatib lagi.

Solat Jumaat kemudian diimamkan Imam Syed Ahmad Syakuur Dihya Syed Ahmad Johari.

Anwar bersama jemaah lain turut mengaminkan Qunut Nazilah bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan umat Islam di Palestin.

Selesai solat, Anwar turut meluangkan masa kira-kira 20 minit menjamu selera di pekarangan surau termasuk beramah mesra dengan jemaah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya