Anwar mahu rakyat kurangkan gula, diabetes tertinggi

Anwar mahu rakyat kurangkan gula, diabetes tertinggi

ANWAR Ibrahim ketika melancarkan KUD@Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kempen kurangkan gula dirancakkan berikutan laporan yang mendedahkan penyakit kencing manis di Malaysia adalah tertinggi di Asia Tenggara.

Perdana Menteri berkata, masalah itu tidak boleh dibiarkan kerana mengakibatkan berlakunya pelbagai gangguan termasuk masalah kesihatan.

“Laporan menunjukkan di Asia penyakit kencing manis, diabetes paling tinggi di Asia Tenggara ialah di Malaysia.

“Jadi, ini bukan urusan Kementerian Kesihatan (sahaja), saya mahu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) supaya kempen kurangkan manisan gula kerana ia jadi masalah besar kepada kita,” ketika berucap pada majlis perasmian KUD @ Putrajaya, di sini hari ini.

Anwar berkata, Malaysia perlu menjadi negara sihat kerana Islam menekankan keperluan menjaga kesihatan, tetapi rekod menunjukkan negara menjadi nombor satu penyakit berkaitan gula kerana pengambilan gula secara berlebihan.

“Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (kalau) ada jamuan dengan arahan kurangkan gula. Kalau tidak saya rasa kesal (memandangkan) kesedaran Islam dengan dakwah dan tazkirah, (tetapi) diabetes paling tinggi.

“Maknanya kesedaran tentabg kepentingan kesihatan tidak dikawal, jadi usahawan yang jual, kejap lagi saya mahu rasa gula itu lebih atau kurang.

“Betul kalau kurang gula kata kita kedekut, (tetapi) bukan kurang sangat sampai tidak rasa manis,” katanya.

Baru-baru ini, hasil kajian Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 melaporkan sebanyak 50 peratus penduduk Malaysia menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit (NCD) iaitu tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, melalui dapatan tersebut juga mendapati, prevalens kencing manis di Malaysia adalah tertinggi di Asia Tenggara yang mana mencatatkan peningkatan ketara daripada 11.2 peratus pada 2011 kepada 18.3 peratus pada 2019. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN