Anwar jamu PM Jepun makan durian

Anwar jamu PM Jepun makan durian

ANWAR Ibrahim bersama Fumio Kishida menjamu durian ketika lawatan kerjanya ke Malaysia. - FOTO/SADIQ ASYRAF PPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkongsi momen indah apabila buat pertama kalinya ketua negara matahari terbit itu dijamu durian ketika lawatan kerjanya ke Malaysia.

Momen tersebut dikongsikan jurugambar Perdana Menteri, Sadiq Asyraf di laman sosial X miliknya malam kelmarin selepas kunjungan hormat Kishida terhadap Anwar di Seri Perdana, Putrajaya.

“PM (Perdana Menteri) Jepun Fumio Kishida pertama kali menjamu durian selepas dipelawa PM (Datuk Seri) Anwar Ibrahim,” ciapnya dengan empat gambar yang diketiknya.

Ciapan itu mendapat 82,000 tontonan, 150 kali ulang ciap, 759 tanda suka oleh pengguna X.

Kishida mengadakan lawatan sulungnya selama dua hari ke negara ini sejak menyandang jawatan itu pada Oktober 2021.

Malaysia dan Jepun meningkatkan hubungan mereka daripada Rakan Strategik Dipertingkat kepada Rakan Strategik penuh pada 2015 ketika Kishida melawat Malaysia sebagai Menteri Luar.

Jepun adalah rakan dagang keempat terbesar Malaysia sejak 2015.

Setakat Jun 2023, sebanyak 2,778 projek oleh syarikat Jepun telah dilaksanakan di Malaysia dengan nilai pelaburan berjumlah RM91.89 bilion (US$27.43 bilion). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya