Anwar hadir Majlis Kesyukuran Setahun Pentadbiran Kerajaan Madani

Anwar hadir Majlis Kesyukuran Setahun Pentadbiran Kerajaan Madani

ANWAR Ibrahim bersalaman bersama tetamu ketika hadir pada Majlis Kesyukuran Setahun Pentadbiran Perdana Menteri dan Kerajaan Madani di Dewan Seri Siantan, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis kesyukuran sempena setahun pentadbiran Kerajaan Madani di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj), Presint 3, di sini, petang ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan tiba kira-kira pukul 6.15 petang sebelum disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Ali Zuki dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Sejurus tiba, Ahli Parlimen Tambun itu sempat menyantuni rakyat di ruang jamuan sebelum bergerak ke tempat makan untuk menjamu selera.

Majlis bermula pukul 6.30 petang itu turut diserikan dengan kehadiran isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar; Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri. 

Difahamkan, lebih 5,000 hadir pada majlis itu terdiri daripada rakyat pelbagai kaum, penjawat awam dan pelajar tahfiz.

Majlis dimulakan dengan jamuan makan diikuti solat maghrib berjemaah, solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat.

Program kemudian diteruskan dengan amanat oleh Perdana Menteri sebelum majlis diakhiri dengan solat Isyak berjemaah.

Majlis kesyukuran itu diadakan sempena meraikan tempoh setahun pentadbiran Kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar bersama parti komponen lain dalam Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN); Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah dan beberapa parti lain.

Difahamkan, beberapa program lain dirangka termasuk penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang dijadual pada 8 hingga 10 Disember depan.

Antara program dirangka termasuk penyampaian perkhidmatan secara langsung kepada rakyat, sesi libat urus kementerian-kementerian bersama rakyat dan Jualan Mega Madani bertempat di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya