ANIFEST 2023: Bersatu demi kelestarian ekosistem industri animasi, kartun tempatan

ANIFEST 2023: Bersatu demi kelestarian ekosistem industri animasi, kartun tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 100 pempamer terdiri daripada studio-studio animasi, penerbit komik, pencipta kraf, pengumpul barangan permainan dan 10 institusi pengajian tinggi (IPT) cabang seni kreatif animasi bekerjasama di Festival ANIFEST Malaysia 2023 pada 24 hingga 26 November ini, di KL Gateway Mall, Kuala Lumpur.

Presiden Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS), Ameir Hamzah Hashim berkata, festival ini adalah kali ketujuh dianjurkan ANIMAS dengan bertemakan animasi, komik, hobi dan pendidikan.

“Festival ini turut mendapat sokongan pelbagai rakan kerjasama bagi membuktikan karyawan boleh duduk bersama dan bersatu demi kelestarian ekosistem industri animasi dan kartun tempatan.

“Acara ini bakal berlangsung selama tiga hari dengan pelbagai aktiviti antaranya sesi seminar, perkongsian industri dan pendidikan, bengkel animasi, pelancaran komik, pertandingan e-sport serta pertandingan doodle,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Festival itu diajdual dirasmikan oleh Pengerusi Bukan Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Syed Ibrahim Syed Noh pada 25 November ini.

Beliau juga akan melancarkan Program Candawara TV iaitu “INSPIRASI MALAYSIA” dan Platform Komik Digital SakoComic serta sebuah komik baharu bertajuk Hero Bara Api.

Ameir Hamzah Hashim

Ameir Hamzah berkata, Inspirasi Malaysia adalah program TV yang melibatkan 15 artis doodle dalam program Doodle pertama di Malaysia yang diterbitkan melalui inisiatif Dana Kandungan Digital (DKD) Finas tahun ini.

“SakoComic pula dihasilkan oleh sebuah agensi kerajaan Perak yang giat menyokong pelbagai inisiatif seni kreatif anak-anak Perak iaitu Orang Berbakat Luar Biasa (PORT).

“Festival ANIFEST Malaysia 2023 ini turut bekerjasama dengan 45 agensi tempatan antaranya KL Gateway, Pusat Pakaian Hari-Hari, Sahabat Komik (Sako+) dan penggiat kartunis tempatan KartunPolitan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya