Ambil alih LLSB oleh Berjaya Land diteliti sebelum dilaksana - Utusan Malaysia

Ambil alih LLSB oleh Berjaya Land diteliti sebelum dilaksana

Berjaya Land
AMIRUDIN Shari (tengah) menunggang basikal ketika menghadiri Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2023 dekat Kampung Endah, Banting, di Kuala Langat, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Pengambilalihan syarikat Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) oleh Berjaya Land Sdn Bhd (Berjaya Land) bagi menjalankan projek Sungai Klang Maritime Gateway (SMG) dilakukan secara telus mengikut tatacara urus tadbir yang betul.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, pengambilalihan tersebut yang mewujudkan syarikat Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLBSB) disemak dengan teliti mengikut tatakelola sebenar.

“Insya-Allah, semuanya selepas saya semak mengikut urus tadbir yang sebenarnya.. ‘overboard’ dan insyaAllah tidak merugikan sebab ada sebahagian fakta (isu SMG) itu memang tidak lengkap.

“Saya akan gulung (menjawab dalam sidang Dewan Undangan Negeri) lusa. Saya akan terangkan, tiada masalah, tiada benda yang kita nak sembunyikan,” katanya kepada pemberita pada Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2023, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Isu penyerahan tanah kepada Berjaya Land melalui LLBSB sebanyak 242.8 hektar bagi tujuan pembangunan SMG dipertikai apabila berlaku pemindahan pemilikan syarikat tersebut sebanyak 55 peratus pegangan sebelum itu.

Malah, perkara itu terus dibangkitkan apabila terdapat permohonan tambahan 40.5 hektar (100 ekar) tanah di daerah Dengkil dibuat oleh Berjaya Land melaluii surat bertarikh 13 Julai 2022.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa , isu tersebut terus mencetuskan persoalan berikutnya berkenaan keupayaan LLBSB untuk melaksanakan projek SMG.

Dalam pada itu, Amirudin menegaskan bersedia mengambil langkah susulan jika Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu membuat dakwaan di luar dewan.

“Terpulanglah. Kalau ulang di luar, sebab pengalaman Sanusi (Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sudah ada. Kalau hendak ikut jejak beliau silalah.. di luar,” ujarnya.

Pada Ogos lalu, Amirudin, memfailkan saman fitnah terhadap Muhammad Sanusi berhubung dakwaannya yang mengaitkan beliau dengan ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan dalam projek pembersihan Sungai Klang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya