Aliff Aziz, awak ini sebenarnya penyanyi ‘Leman’ - Utusan Malaysia

Aliff Aziz, awak ini sebenarnya penyanyi ‘Leman’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Memukau penonton menerusi lagu berjudul Che Mek Molek, peserta program All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Aliff Aziz, disifatkan oleh juti tetap, Datuk Ramli MS, sebagai penyanyi yang berkemampuan membawakan lagu-lagu kategori ‘Leman’ (kampungan).

Menurut Ramli atau lebih dikenali sebagai Tok Ram, Aliff mempunyai bakat terpendam sebagai penyanyi yang boleh membawakan lagu-lagu kampungan tanpa kedengaran seperti ia sengaja dibuat-buat.

“Saya rasa macam tertipu. Ketika hari pertama saya dengar kamu menyanyikan lagu ini, saya tahu kamu ini penyanyi lagu-lagu Leman.

“Saya dapat rasakan kamu ada jiwa itu. Tentang jiwa ini, ia satu perkara yang tak boleh belajar sebab ia adalah satu anugerah Tuhan.

“Kami nyanyikan lagu itu kedengaran semulajadi, tak kedengaran ‘fake’, sangat natural. Jadi saya tahu, Aliff Aziz, kamu ini penyanyi lagu ‘Leman’ yang berjiwa tebal,”katanya.

Tok Ram berkata demikian semasa menjurikan Aliff dalam program ASGV malam tadi.

Sementara itu, juri tetap, Syafinaz Selamat, turut melontarkan rasa bimbang apabila melihat penampilan Aliff yang menggayakan busana berkilat.

“Saya tengok Aliff pakai baju kilat-kilat saya rasa bimbang. Tapi tak sangka, dia berjaya juga dengan persembahannya dan nampak dia lain.

“Dia mula menyanyi tadi pun sudah memukau. Bagus,”katanya.

Aliff tampil membawakan lagu nyanyian asal Datuk M Daud Kilau itu yang difahamkan merupakan pilihan Tok Ram.

Aliff juga mencuba memancing perhatian penonton dengan menampilkan anaknya, Mohamad Ayden Adrean, 6, sebagai sebahagian daripada gimik persembahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya