Al-Sultan Abdullah hargai sokongan keluarga sepanjang lima tahun

Al-Sultan Abdullah hargai sokongan keluarga sepanjang lima tahun

AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa syukur dan ucapan terima kasih atas sokongan yang diberikan keluarganya sepanjang lima tahun ketika bersemayam sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Ketika bertitah pada Istiadat Khas Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Pahang yang diadakan di Istana Negara, hari ini, Seri Paduka turut menyuarakan rasa terharu di atas kasih sayang yang diberikan keluarganya sejak menaiki tahta sebagai Sultan Pahang, sebelum dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

“Memang pada permulaannya agak mengejut dan begitu tidak diduga, tidak sangka untuk memegang jawatan secepat begini. Alhamdulillah dengan anugerah keberkatan Allah SWT, semuanya berjalan dengan sebaik mungkin.

“Sokongan dan dorongan yang dipamerkan oleh semua adik-beradik dan anakanda saya begitu disanjungi dan mudah-mudahan kita semua diberkati Allah,” titah Seri Paduka seperti yang dilaporkan Bernama. 

Al-Sultan Abdullah turut berkongsi beberapa kenangan manis dan pahit sepanjang lima tahun Seri Paduka berada di Kuala Lumpur yang boleh dikenang sebagai perkara yang merapatkan ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan kerabatnya.

“Sudah tentu banyak kenangan manis dan pahit. Antaranya ialah keluarga kita kehilangan ayahanda pada 2019 dan ini sedikit sebanyak membuat kita begitu sedih. Kenangan manis sepanjang lima tahun ini, saya dapat empat cucu dan beberapa cucu saudara.

“Dengan berkat kesatuan kekanda dan adinda, kita berjaya untuk sentiasa bersama di setiap program kekeluargaan dan majlis di istana,” titah Seri Paduka. 

Dalam titah sama, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kerana berjaya mentadbir Pahang dengan berjaya selama ini.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan berangkat ke istiadat berkenaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya