Ajal dua beradik kembar ke tempat kerja - Utusan Malaysia

Ajal dua beradik kembar ke tempat kerja

Kembar maut
KEADAAN mayat mangsa yang maut dalam kemalangan dengan sebuah van di Jalan Rizab Derahman, Jeram di Kuala Selangor, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Dua beradik kembar lelaki yang menuju ke tempat kerja maut selepas motosikal mereka terlibat kemalangan dengan sebuah van di Jalan Rizab Derahman, Jeram di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi itu menimpa mangsa berusia 18 tahun yang juga penghantar barang sebuah syarikat kurier.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd. Ambia Nordin berkata, siasatan awal mendapati dua beradik yang menunggang Yamaha Y16 itu dalam perjalanan ke tempat kerja mereka di Puncak Alam.

“Setibanya di lokasi, motosikal itu cuba memotong sebuah van jenis Nissan di laluan sama.“Van itu bagaimanapun membelok ke kanan dan menyebabkan mangsa terlanggar lalu hilang kawalan dan terbabas,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Tambah beliau, kedua-dua mangsa yang menetap di Jeram itu cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mereka dihantar ke Hospital Tanjong Karang bagi proses bedah siasat. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya