Air: Malaysia harap dapat belajar dari Belanda

Air: Malaysia harap dapat belajar dari Belanda

PERDANA Menteri Belanda, Mark Rutte (kiri) bersalaman bersama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad selepas Dialog Air Malaysia-Belanda kali ke-6 di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di sini, hari ini. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia berharap dapat terus bekerjasama dengan Belanda selain kedua-dua negara dapat belajar antara satu sama lain bagi mengatasi cabaran berkaitan sektor air.

Menteri Sumber Asli dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, hal ini disebabkan pengalaman Belanda sebagai negara rendah yang sudah berjaya hidup dengan air.

“Saliran, terusan dan pam yang rumit dibina oleh Belanda selama berabad-abad menunjukkan penguasaan mereka terhadap pengurusan sistem air.

“Namun, perubahan iklim termasuk ancaman peningkatan paras laut dan peningkatan hujan akan membawa cabaran yang lebih besar kepada strategi pengurusan air Belanda, jadi, Malaysia berharap untuk turut memahami cara mereka menangani cabaran baharu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Dialog Air Malaysia-Belanda kali keenam yang dianjurkan bersama kementeriannya dan Kedutaan Belanda.

Sementara itu, Nik Nazmi mengulangi ketegasan bahawa Malaysia menyasarkan untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih untuk kawasan luar bandar dan 87.5 peratus untuk liputan pembetungan menjelang akhir tahun 2025.

Jelas beliau, Malaysia komited untuk mencapai sasaran itu selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) untuk memastikan akses kepada air bersih untuk semua.

“Untuk mencapai matlamat, kami memberi tumpuan kepada empat inisiatif utama iaitu memastikan bekalan air dan sumber yang berterusan dan mencukupi melalui perancangan sistematik infrastruktur air dan menangani kemapanan kewangan pengendalian air.

“Selain itu, meningkatkan kecekapan operasi industri air dan memberi tumpuan kepada tebatan banjir dan perlindungan pantai,” katanya.

Dalam ucapan sama, Nik Nazmi juga mengulangi satu rangka kerja perlu diadakan untuk daya tahan dan ia harus bermula dengan air dengan menggabungkan iklim, alam sekitar dan pembangunan.

Katanya, ini kerana keadaan iklim menjadi cabaran yang tinggu kepada akses air selamat pada masa hadapan.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya