Ahli Parlimen Maran dirawat di IJN, tidak boleh dilawat 

Ahli Parlimen Maran dirawat di IJN, tidak boleh dilawat 

ISMAIL ABD. MUTTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN).

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, Ismail bagaimanapun tidak boleh dilawati sesiapa pada masa ini. 

Beliau juga tidak memberi perincian lanjut mengenai penyakit dihidapi ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) itu. 

“Sebelum saya memulakan Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, saya nak maklumkan sahabat kita, (Ahli Parlimen) Maran berada di CCU, IJN.

“Beliau (ketika ini) tidak boleh dilawati.  Kita berdoa agar sahabat kita dilindungi Allah SWT dan sembuh segera,” katanya di Dewan Rakyat pagi ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya