Ahli Keluarga pembunuh Along Spoon kunci mulut

Ahli Keluarga pembunuh Along Spoon kunci mulut

RUMAH Mohd. Ya’acob Demayati di Kampung Medan Sari, Batu 33, Jalan Johor Bahru-Pontian di Pontian kini didiami oleh ibunya yang berusia 90an.-UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Ahli keluarga Mohd. Ya’acob Demayati, 57, di sini bertindak mengunci mulut mengenai pembebasan bekas anggota polis tersebut, petang semalam.

Mohd. Ya’acob sebelum ini dijatuhkan hukuman pemenjaraan hayat kerana membunuh penyanyi terkenal, Allahyarham Along Spoon berasal dari Kampung Medan Sari, Batu 33, Jalan Johor Bahru-Pontian, disini.

Tinjauan Utusan Malaysia di rumah ahli keluarga Mohd. Ya’acob di Kampung Medan Sari pagi ini mendapati rumah tersebut didiami oleh ibunya yang uzur berusia 90-an bersama anak perempuannya berusia 30-an.

“Minta maaf Encik, kami  tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini,” kata seorang anak saudaranya  yang tinggal berhampiran rumah neneknya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, abang kedua kepada Mohd. Ya’acob, seorang bekas anggota keselamatan berusia 67 tahun yang dihubungi petang semalam  juga enggan memberikan kenyataan mengenai adiknya itu. 

“Berikan kami sedikit masa ya, ” ujarnya ringkas.

Dia hanya memberitahu, Ya’acob merupakan anak ketujuh daripada 11 adik-beradik.

Semalam, Mahkamah Persekutuan meminda hukuman pemenjaraan sepanjang hayat yang dikenakan ke atas Mohd. Ya’acob sebelum ini kepada penjara 33 tahun.

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh lima hakim yang diketuai oleh Ketua  Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya