Agus dedah identiti Mr. H kepada polis

Agus dedah identiti Mr. H kepada polis

MOHAMMAD Agus Yusoff (tengah) diiringi peguam ketika beredar dari sidang akhbar selepas memberi keterangan kepada polis susulan penularan rakaman video perbualan lucah melibatkan dirinya di IPD  Kajang , hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mendedahkan maklumat mengenai individu yang digambarkan sebagai ‘Mr H’ dalam isu penyebaran video melibatkannya  kepada polis hari ini.

Mohammad Agus berkata, pendedahan itu dibuat selepas keterangannya diambil hari ini. 

Dalam masa sama, katanya, beliau membuat satu lagi aduan berhubung penularan laporan polis yang  dibuatnya sebelum ini berkaitan video perbualan miripnya dengan seorang kakitangan J-KOM. 

“Saya sudah berjumpa dengan pegawai penyiasat dan selesai diambil keterangan. Saya juga sudah mendedahkan siapa Mr H untuk siasatan polis. 

“Saya juga ada buat laporan polis berkaitan (video) Tik Tok tular pagi ini terhadap Raja Petra berkaitan dengan laporan polis saya sebelum ini terdedah dengan maklumat peribadi yang dikira membahayakan keselamatan diri dan keluarga,” katanya ketika ditemui selepas selesai memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, hari ini. 

Ditanya bila pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani akan membuat laporan polis, Mohammad Agus menyatakan beliau tidak tahu mengenai perkara itu. 

Terdahulu, Mohammad Agus yang memakai baju kemeja berwarna biru tiba di IPD Kajang dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dan ditemani peguam, Faizal Abd Rahman pukul petang tadi. 

Beliau dilihat keluar dari IPD berkenaan pukul 5.25 petang tadi selepas lebih dua jam diambil keterangan. 

Kehadiran Mohammad Agus untuk diambil keterangan juga menyebabkan puluhan pengamal media menunggu di luar pekarangan IPD berkenaan seawal pukul 1 petang ini. 

Sebelum ini, media melaporkan polis Selangor menerima laporan berhubung rakaman video tular mengenai perbualan lucah didakwa membabitkan dua individu termasuk seorang yang mirip Mohammad Agus. 

Sebelum itu, rakaman video berdurasi tiga minit yang tular sejak Khamis lalu menjadi topik hangat dalam media sosial, berikutan individu berkenaan dikenali umum.

 Mohammad Agus meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM mendakwa video perbualan yang mengaitkan dirinya adalah palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab.

Pada sidang media khas berhubung isu itu, pegawai J-KOM yang dikaitkan dengan video tular itu, Abdul Wahab mendakwa dirinya dijadikan kambing hitam untuk menjatuhkan Mohammad Agus oleh individu bernama Mr H.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya