IPOH: Impian Malaysia untuk sekurang-kurangnya beraksi dalam perlawanan penentuan tempat ketiga kejohanan hoki dalam dewan Jemputan Antarabangsa Piala Sultan Nazrin Shah musnah apabila tumpas 1-7 kepada Afrika Selatan di sini petang tadi.
Kekalahan itu menyaksikan Malaysia menamatkan cabaran dalam kejohanan yang pertama kali diadakan itu pada tempat kelima.
Afrika Selatan akan menentang Namibia dalam perlawanan akhir petang esok selepas kedua-dua pasukan menduduki dua kedudukan teratas kejohanan enam pasukan itu.
Australia akan bertemu New Zealand untuk perebutan tempat ketiga dan empat.
New Zealand memintas Malaysia pada kedudukan keempat melalui perbezaan jaringan selepas membelasah Hong 35-1.
Pada aksi di Stadium Indera Mulia di sini petang tadi, Malaysia yang memerlukan kemenangan gagal memberikan saingan kepada pasukan Afrika Selatan yang menduduki ranking ketujuh dunia.
Sebaliknya lawan membuktikan mereka berada dalam kelas sendiri untuk membenam tuan rumah dengan persembahan berkualiti.
Walaupun Malaysia cuba memberi tentangan namun mereka ternyata bukan tandingan Afirka Selatan.
Berbanding perlawanan-dengan pencabar lain, Malaysia gagal menembusi kubu lawan sehinggalah tiga minit sebelum tamat perlawanan.
Sebaliknya Afrika Selatan membuka jaringan hanya selepas tiga minit saingan berlangsung melalui Steven Paulo.
Pemain itu menjaring gol kedua peribadinya melalui pukulan penalti stroke llma minit kemudian
Pintu gol Malaysia dibolosi Luke Lange untuk Afrika Selatan mendahului 3-0 pada suku pertama dan kedudukan itu kekal sehingga rehat.
Justin Domleo, Lungani Gabela, Kyle Esau menambah keperitan Malaysia selepas rehat untuk Afrika Selatan mendahului 6-0 sebelum Paulo melengkapkam hatriknya selepas Firdaus Omar mengurangkan defisit pada minit ke-37. – UTUSAN