ADUN masyarakat Siam dilantik Ketua Pembangkang DUN Kedah

ADUN masyarakat Siam dilantik Ketua Pembangkang DUN Kedah

BAU WONG BAU EK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, Bau Wong Bau Ek daripada PKR dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang baharu.

Pelantikan itu diumumkan oleh Speaker DUN Kedah, Zubir Ahmad pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Kedah Yang Ke-15 (Mesyuarat Bajet 2024) bermula hari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lepas, Bau Wong yang merupakan satu-satunya wakil daripada masyarakat Siam menang dengan majoriti 954 undi bagi DUN Sidam menewaskan calon Perikatan Nasional (PN).

Blok pembangkang DUN Kedah bagi Mesyuarat Penggal ke-15 ini hanya diwakili oleh tiga ADUN terdiri daripada Kota Darul Aman (PH-DAP), Bakar Arang (PH-PKR) dan Sidam (PH-PKR).

Perikatan Nasional (PN) Kedah mencipta sejarah pada PRN itu apabila berjaya membolot 33 daripada 36 kerusi DUN Kedah. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya