Adik Najib selamat bernikah

Adik Najib selamat bernikah

GAMBAR tular Nazir Razak menyarung cincin kepada pasangannya yang dikongsi Norashman. - FOTO/IG ASHMAN NAJIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Mohamed Nazir dilaporkan selamat bernikah dengan wanita pilihan hatinya, Yati Zainuddin.

Perkhabaran itu dikongsikan anak bongsu Najib, Norashman menerusi Instagram Storynya hari ini.

Gambar yang dikongsikan itu menyaksikan Mohamed Nazir mengenakan busana pengantin serba putih sambil menyarung cincin kepada pasangannya.

“Tahniah Uncle Jay @nazir.razak,” tulis Norashman.

Mohamaed Nazir yang juga bekas Pengerusi CIMB Bhd (CIMB) dilapor pernah mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Azlina Aziz dan dikurniakan dua orang cahaya mata, namun dilaporkan bercerai pada 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya