Abdul Wahab sahkan Mr. H orang sama dipanggil polis

Abdul Wahab sahkan Mr. H orang sama dipanggil polis

Abdul Wahab Abdul Kadir
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Identiti Mr. H diambil keterangan oleh polis sebelum ini adalah orang sama yang disahkan Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jailani kepada polis, semalam.

Peguamnya, Faisal Rahman berkata, Abdul Wahab memberi keterangan kepada polis lebih tiga jam bermula pukul 11 pagi.

“Kita mengesahkan orang sama iaitu seorang pegawai di JKOM, pada saya ia sudah selesai, jadi kita serahkan kepada polis.

“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Abdul Wahab cuma perlu tampil memberi pengesahan identiti Mr. H,” katanya ketika ditemui di Bukit Aman semalam.
Menurutnya, kesihatan anak guamnya itu masih tidak stabil dan bergantung kepada ubat.

Katanya, Abdul Wahab dijangka membuat laporan polis berhubung Mr. H semalam, namun ditunda berikutan keadaan kesihatannya.

“Abdul Wahab juga memaklumkan tidak bersedia untuk bertemu wartawan namun kita memberi komitmen untuk menyelesaikan segera kes ini,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Wahab dilaporkan mengalami kemuru­ngan melampau dan menerima rawatan.

Susulan itu, individu ber­kenaan terpaksa menjadualkan semula pertemuannya dengan polis bagi memberi keterangan.

Pada 17 November lalu, Abdul Wahab dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Bangi mendedahkan tindakannya me­rakam perbualan berunsur lucah bersama bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff didalangi seorang individu dikenali sebagai Mr. H.

Susulan itu, polis memanggil individu dipercayai Mr. H yang dimaksudkan bagi dirakam ke­terangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya