MBKT naikkan kadar kompaun kesalahan tempat letak kereta 100 peratus - Utusan Malaysia

MBKT naikkan kadar kompaun kesalahan tempat letak kereta 100 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan memperkenalkan kadar kompaun yang baharu bagi kesalahan tempat meletak kereta, bermula esok.

Difahamkan, kenaikan tersebut adalah 100 peratus berbanding kadar kompaun yang dikenakan sebelum ini.

MBKT dalam satu notis makluman memberitahu kadar kompaun untuk kesalahan dari hari pertama hingga hari ketujuh ialah RM10 manakala untuk hari kelapan hingga hari ke-14 pula, kadar kompaunnya ialah sebanyak RM20.

Menurut notis makluman tersebut, bagi kesalahan melebihi 14 hari pula, kadar kompaun yang dikenakan adalah sebanyak RM40.

“Kadar kenaikan kompaun ini adalah tertakluk kepada kompaun selepas tarikh kuat kuasa (15 November).

“Ia tidak termasuk kompaun serta tunggakan sebelum tarikh kuat kuasa,” menurut notis makluman tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya