692 mangsa banjir di Selangor

692 mangsa banjir di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah penduduk terjejas banjir di Selangor setakat pukul 12 tengah hari tadi meningkat kepada 692 orang melibatkan 175 keluarga di beberapa daerah.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Selangor dalam kenyataan memaklumkan, terdapat dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup dan kini hanya lapan masih aktif dibuka.

Katanya, kesemua mangsa itu melibatkan 354 lelaki dan 338 wanita termasuk 282 kanak-kanak.

“Seramai 68 mangsa terdiri daripada 14 keluarga ditempatkan di sebuah PPS di kawasan Petaling manakala sebuah PPS dibuka di Kuala Langat bagi menempatkan 30 mangsa terdiri daripada 8 keluarga.

“Di Hulu Langat pula, seramai 83 mangsa terdiri daripada 19 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bangi dan Sekolah Kebangsaan Semenyih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, di Sepang, seramai 498 mangsa terdiri daripada 132 keluarga ditempatkan di empat PPS iaitu Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Dewan Orang Ramai Kampung Datuk Ahmad Razali, Dewan MPKK Kampung Jenderam Hilir dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil.

Selain itu, katanya, seramai 13 mangsa terdiri daripada 2 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Komuniti Taman Desar Hulu Yam Bharu , Hulu Selangor susulan bencana kebakaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya