6.4 peratus pengantin 65 tahun ke atas kahwini pasangan muda

6.4 peratus pengantin berumur 65 tahun ke atas kahwini pasangan muda

MOHD. UZIR MAHIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 6.4 peratus pengantin berumur 65 tahun dan ke atas direkodkan mengahwini pasangan yang lebih muda dalam kumpulan umur 24 tahun dan ke bawah.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, ia membabitkan 2.9 peratus pengantin lelaki dan  3.5 peratus pengantin perempuan berumur 65 tahun dan ke atas.

“Perkahwinan tertinggi adalah pada kumpulan umur 25-29 tahun bagi kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan.

“Statistik juga menunjukkan umur pengantin lelaki dan perempuan paling tua direkodkan pada tahun 2022 masing-masing adalah berumur 92 tahun dan 86 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Jabatan Perangkaan Malaysia mengeluarkan laporan Perangkaan Perkahwinan dan Perceraian, Malaysia, 2023 yang membentangkan statistik perkahwinan dan perceraian bagi tahun 2021 dan 2022 mengikut ciri-ciri demografi di peringkat nasional, negeri dan daerah pentadbiran.

Statistik itu adalah input penting kepada perancangan dasar sosial bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan di Malaysia selain berguna sebagai sumber rujukan kepada penyelidik dan akademik.

Sementara itu, Mohd. Uzir berkata, hampir tujuh peratus daripada jumlah perkahwinan pada 2022 adalah perkahwinan di antara pengantin lelaki dan perempuan yang berbeza kumpulan etnik.

“Bilangan perkahwinan antara etnik menurun 15.4 peratus, iaitu daripada 16,346 (2021) kepada 13,833. Perkahwinan antara etnik bagi orang Islam adalah 44.2 peratus dan orang Bukan Islam 55.8 peratus,” katanya.

Utusan Online sebelum ini melaporkan, bilangan perkahwinan di Malaysia menurun 0.5 peratus daripada 215,973 pendaftaran yang direkodkan pada 2021 kepada 214,824 pada 2022.

Daerah Petaling, Selangor mencatatkan bilangan perkahwinan tertinggi bagi orang Islam dan orang bukan Islam pada 2022.

Bilangan perkahwinan orang Islam di Petaling, Selangor adalah 8,602 diikuti Johor Bahru, Johor (7,770) dan Ulu Langat, Selangor (6,347).

Bagi orang bukan Islam, daerah Petaling, Selangor mencatatkan bilangan perkahwinan tertinggi iaitu 3,304 diikuti Johor Bahru, Johor (2,676) dan Klang, Selangor (2,307). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN