51 kes cubaan seludup 413 PATI dipatahkan Maritim Malaysia - Utusan Malaysia

51 kes cubaan seludup 413 PATI dipatahkan Maritim Malaysia

Maritim Malaysia
R. Vincent ditemui pemberita ketika memantau operasi Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023 di atas Kapal Maritim (KM) Pekan di Perairan Laut Klang, di Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sebanyak 413 pendatang asing cuba dibawa masuk ke negara ini melalui laluan tidak sah di perairan Selat Melaka dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang melibatkan keseluruhan 51 kes sejak Januari lalu.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelerasan Maritim, Laksamana Pertama Maritim R. Vincent berkata, pintasan bot dan tangkapan dilakukan dalam kawalan harian dan pelbagai operasi khas bagi memastikan memastikan zon maritim negara terkawal daripada aktiviti dan ancaman jenayah rentas sempadan.

“Rondaan dan operasi secara berterusan sentiasa dilakukan agar aktiviti penyeludupan termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI), rompakan, pencerobohan bot nelayan asing dan kontraban melalui jalan laut secara haram dapat dipatahkan kami. 

“Ini seterusnya menunjukkan iltizam Maritim Malaysia terhadap keselamatan negara khususnya di perairan negara,” katanya pada Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023 di perairan laut Klang, semalam.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, perisikan agensi tersebut juga sentiasa dipertingkatkan dalam menghidu mana-mana penyeludup yang menggunakan jalan tikus bagi tujuan jenayah tersebut.

Tambahnya, ini diperkuatkan lagi dengan bantuan Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) bagi memantau dan mengesan pergerakan bot atau vessel yang mencurigakan di perairan negara ini.

Ketika mengulas mengenai Eksesais Maritim Perkasa Barat itu, Vincent menjelaskan ia bermula sejak 26 November lalu sehingga 3 Disember ini dengan melibatkan kekuatan seramai 500 pegawai dan anggota Maritim Malaysia dari daerah ini sehingga Langkawi, Kedah.

“Sebanyak 15 buah kapal turut digerak atur termasuk daripada Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV), Kapal Peronda Generasi Baharu (NGPC)  dan dua helikopter Agusta Westland merentasi sepanjang 630 batu nautika Perairan Selat Melaka.

“Latihan ini bagi meningkatkan kecekapan, koordinasi, anggota dan pegawai Maritim Malaysia dan keupayaan aset termasuk sebuah OPV baharu yang akan diterima nanti,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya