50 peserta meriahkan Klinik Golf TNB - Utusan Malaysia

50 peserta meriahkan Klinik Golf TNB

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah Klinik Golf TNB bersama ketua jabatan negeri ini 2023 di Kelab Golf Putra (KGP) Perlis, Sungai Batu Pahat di sini semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seramai 50 peserta terdiri daripada ketua-ketua jabatan negeri dan ketua unit Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perlis mengambil bahagian dalam Klinik Golf TNB bersama ketua jabatan negeri ini 2023 di
Kelab Golf Putra (KGP) Perlis, Sungai Batu Pahat di sini semalam.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah program itu disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Presiden KGP Perlis.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Global Business Solutions TNB, Datuk Ahmad Hushairi Ibrahim, Pengurus Besar TNB Negeri Perlis/Kedah, Wan Ishak Soed dan Ketua Perkhidmatan Pengguna TNB Perlis, Azian Alias..

Klinik golf ini dianjurkan oleh pihak TNB bertujuan untuk menjalinkan hubungan silaturrahim dan ukhuwah bersama-sama dengan Ketua-ketua Jabatan Negeri Perlis dan merupakan platform untuk memperkenalkan serta menarik minat para peserta terhadap sukan Golf.

Baginda juga percaya bahawa program ini akan dapat menarik minat para peserta untuk terus berlatih dan meningkatkan kemahiran masing-masing dan seterusnya menjadi ahli tetap Kelab Golf Putra, di samping melibatkan kakitangan warga kerja di agensi masing-masing untuk sama-sama turut serta dalam sukan ini.

Antara yang hadir membimbing khas para peserta dalam klinik tersebut kali ini termasuklah lagenda-lagenda hoki negara yang berkhidmat dengan TNB seperti Nor Saiful Zaini Nasiruddin, Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor, M. Kaliswaran, Nor Azlan Bakar, Hizzat Sumantri dan Muhamad Azammi Abadi.

Menurut Wan Ishak pula, TNB juga memberi fokus memacu aspirasi peralihan tenaga dan turut menekankan aspek sosial di bawah amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Kami percaya bahawa sukan mampu menjadi wadah dalam membentuk masyarakat yang harmoni dan bersatu padu,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya