50 kg ubi itik licin dalam tempoh tiga jam

50 kg ubi itik licin dalam tempoh tiga jam

NURUL Aina Mohd. Jidin menunjukkan ubi itik yang mendapat permintaan tinggi di musim banjir di Rantau Panjang, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Musim tengkujuh yang melanda negeri ini memberi rezeki terpijak kepada seorang wanita apabila setiap hari dapat menjual 50 kilogram ubi itik dalam tempoh tiga jam sahaja.

Nurul Aina Mohd. Jidin, 38, berkata, permintaan tinggi daripada pelanggan itu membuatkan dia tidak menang tangan.

“Saya dapat bekalan ubi ini dari Kampung Gual Periok. Setiap kali musim bah, ubi itik menjadi pilihan utama pelanggan disebabkan rasanya yang lemak dan manis.

“Ubi yang direbus ini sedap dimakan ketika hujan lebat dan ia merupakan salah satu nikmat yang tidak terhitung nilai,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Nurul Aina memberitahu, selain itu dia turut menjual ubi-ubi lain termasuk kayu dan badak.

Katanya, kesemua ubi-ubi itu dijual sekitar antara RM3 hingga RM8 sekilogram.

“Walaupun sibuk berniaga saya tetap berwaspada kerana rumah sudah ditenggelami banjir.

“Alhamdulillah, air tidak naik secara mengejut, jadi masih sempat saya berniaga untuk mencari pendapatan sampingan sebelum berpindah ke pusat pemindahan banjir (PPS) jika keadaan menjadi buruk,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya