47 buah rumah rosak akibat ribut di Taman Klebang Jaya - Utusan Malaysia

47 buah rumah rosak akibat ribut di Taman Klebang Jaya

KEADAAN rumah penduduk yang rosak akibat ribut di Taman Klebang Jaya di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebanyak 47 buah rumah di Taman Klebang Jaya di sini rosak akibat dilanda ribut petang ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 2 petang itu, hujan lebat diikuti angin kencang menerbangkan bumbung rumah penduduk selain menyebabkan siling runtuh.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Chepor Dalam Seri Klebang, Ahmad Shafiq Ahmad Ariffin berkata, hujan lebat bermula pada pukul 2 petang dan diikuti angin kencang sejam kemudian.

Katanya, kebanyakan rumah yang terjejas membabitkan kerosakan atap yang dibadai ribut serta runtuhan siling rumah.

“Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tambun akan menyalurkan bantuan atap kepada mangsa terlibat bagi fasa pertama pada malam ini.

“Bagi rumah yang terjejas teruk, Pejabat Daerah akan melakukan penilaian sebelum kerja-kerja pembaikan dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini dan ada mangsa yang menumpang di rumah saudara-mara untuk sementara waktu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya