45% paip air Negeri Sembilan masih usang

45% paip air Negeri Sembilan masih usang

AMINUDDIN Harun (tengah) dan Mohd. Yazid (kiri) ketika Pelancaran Buku Pelan Antirasuah Sains 2024-2028 di Seremban, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kira-kira 45 peratus daripada keseluruhan sepanjang 9,650 kilometer saluran paip air di Negeri Sembilan perlu diberi perhatian termasuk bagi proses penukaran dengan paip baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains), Ir. Mohd. Yazid Ahmad berkata, 45 peratus paip berkenaan merupakan paip usang yang sudah berusia di antara 30 hingga 40 tahun.

“Apabila disebut paip usang bukan bermakna tidak boleh dipakai, boleh tetapi dengan cara mengawal tekanan air, jika diberikan tekanan yang besar ia akan mengakibatkan pecah.

“Usia paip itu di antara 30 hingga 40 tahun, ia bukan di Negeri Sembilan sahaja, satu negara usianya begitu, ada yang lain usianya di antara 20 tahun dan masih boleh digunakan.

“Keseluruhan paip air di Negeri Sembilan adalah sepanjang 9,650 kilometer, lebih kurang 45 peratus adalah paip lama yang perlu diberikan perhatian,” katanya ketika ditemui pada majlis Hari Ikrar Bebas Rasuah Sains 2023 dan Pelancaran Buku Pelan Antirasuah Sains 2024-2028.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar yang juga Pengerusi Sains, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Sementara itu, Aminuddin berkata, penggantian paip-paip air lama kepada paip baharu memerlukan belanja yang cukup besar dan ia antara menjadi penghalang untuk melaksanakannya.

“Ia bukan hanya di Negeri Sembilan sahaja tetapi di negeri-negeri lain juga, masih sukar untuk melaksanakan penukaran paip lama kepada paip baharu, walaupun kerajaan Persekutuan ada memberikan geran namun modal yang diperlukan masih terlalu besar.

“Dengan keuntungan (syarikat air) hanya beberapa juta sahaja, syarikat ini tidak mampu, dengan tarif air yang tidak disemak berpuluh tahun, ini menyebabkan mereka tidak mampu ke hadapan, apabila paip pecah hanya dapat diperbaiki sahaja tetapi untuk menggantikan keseluruhan jajaran paip tersebut ia adalah sukar,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya