43 penduduk berlindung di PPS akibat banjir di Kubang Pasu

43 penduduk berlindung di PPS akibat banjir di Kubang Pasu

ANGGOTA APM Kubang Pasu memantau keadaan rumah mangsa yang dinaiki air akibat banjir kilat di Malau, Jitra.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JITRA: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Malau, di sini sejak malam tadi ekoran banjir kilat yang melanda tiga buah kampung pada sebelah petang.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd. Adenin Suhaimi berkata, PPS tersebut menempatkan 43 mangsa daripada 11 keluarga dari Kampung Paya Tok Keong, Paya Tok Teh dan Kampung Biak di Mukim Malau.

“Hujan lebat lebih tiga jam menyebabkan beberapa kawasan terlibat dinaiki air dan anggota APM Kubang Pasu yang menerima maklumat kira-kira pukul 5.30 petang bergegas ke lokasi untuk melakukan operasi penyelamatan.

“Anggota turut menasihatkan penduduk supaya berpindah ke PPS atau kawasan selamat berikutan trend air semakin menaik,” katanya dalam kenyataan hari ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya