400 pegawai, anggota polis bertugas kawal keselamatan separuh akhir Piala Malaysia

400 pegawai, anggota polis bertugas kawal keselamatan separuh akhir Piala Malaysia

SERAMAI 400 anggota dan pegawai polis akan bertugas mengawal keselamatan pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus, esok. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 400 pegawai dan anggota polis akan bertugas memastikan kelancaran aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Terengganu FC (TFC) dan KL City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, malam esok.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, langkah keselamatan lain juga akan diperketatkan di dalam dan luar stadium termasuk di setiap pintu masuk.

Menurut beliau, penyokong TFC dan KL City diberi amaran supaya tidak menimbulkan kekecohan sebelum, semasa dan selepas perlawanan termasuk mencetuskan pergaduhan atau provokasi.

Tegas Abdul Rahim, pihak polis juga tidak teragak-agak mengenakan tindakan tegas terhadap pihak yang dikesan menganggu ketenteraman dan keselamatan orang awam.

“Pemeriksaan turut akan dibuat bagi mengelak barang seperti mercun, suar, topi keledar, pemetik api, objek atau senjata tajam, payung serta dron dibawa masuk ke dalam stadium.

“Selain itu kami turut menempatkan anggota polis trafik bertujuan mengawal kelancaran aliran lalu lintas di kawasan stadium sehingga perlawanan tamat.

“Penonton yang hadir diingatkan mematuhi peraturan ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pihak polis,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Lebih 30,000 penonton dijangka membanjiri Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus malam esok, dengan TFC turun selaku pasukan selepas menang 2-1 pada aksi pertama, 21 Oktober lalu.

TFC sebelum ini mengesahkan 10,000 keping tiket yang dijual lebih awal secara atas talian kepada pemegang kad keahlian kelab habis terjual sejak dua hari lalu.

Manakala 20,000 keping tiket lagi berharga RM20 (dewasa) dan RM10 (kanak-kanak) itu akan mula dijual secara fizikal di kaunter stadium bermula hari ini sehingga esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya