400 guru, murid, PPS dan PIBG sertai majlis lantikan duta sahsiah

400 guru, murid, PPS dan PIBG sertai majlis lantikan duta sahsiah

GURU, Pegawai Perhubungan Sekolah dan jawatan kuasa Persatuan Ibu Bapa Guru bersama murid yang menyertai program Duta Sahsiah Pemangkin Karekter Karamah Insaniah di dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut Pahang baru-baru ini. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KIRA-KIRA 400 orang guru, murid dan tetamu menyertai program Duta Sahsiah Pemangkin Karekter Karamah Insaniah di dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi Dua, Jerantut baru-baru ini.

Guru Besar SK Felda Kota Gelanggi Dua, Mat Romli Norman berkata, dua murid yang terpilih sebagai Duta Sahsiah, iaitu Mohamad Khaizuran Amsyar Mohd Sait dan Puteri Nurul Hanis Najihah Mohd Zaid masing-masing murid Tahun 6 telah dianugerahkan sijil pelantikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), Raja Nashruddin Raja Ghazali dari Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut.

“Duta Sahsiah yang dilantik ini merupakan murid yang mempunyai ciri kepimpinan, pencapaian yang terbaik bidang akademik, sahsiah dan berkeperibadian mulia serta diyakini dapat menjadi teladan kepada murid lain,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya