3,000 trak barang bebas rentas 6 negara ASEAN mulai 1 Januari

3,000 trak barang bebas rentas 6 negara ASEAN mulai 1 Januari

ANTHONY Loke ketika mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan Bilangan 2 Tahun 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 3,000 buah trak barang bebas bergerak transit merentasi enam negara anggota ASEAN bermulai 1 Januari depan tanpa perlu pengikraran semula.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ia hasil pelaksanaan Perjanjian Rangka Kerja Pemudah Cara Transit Barangan (AFAFGIT) yang dimeterai akhir 1998.

“Mulai awal tahun depan, setiap negara anggota yang terlibat layak mengeluarkan 500 permit merentas sempadan,” katanya dalam sidang akhbar  selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan Bilangan 2 Tahun 2023 di sini hari ini.

Buat permulaan, hanya enam negara termasuk Malaysia terlibat setelah menerima pakai Sistem Transit Kastam ASEAN (ACTS) bagi pengikraran serta kawal selia pergerakan.

Sementara baki selebihnya iaitu Indonesia, Myanmar, Filipina dan Brunei akan menyusul kemudian yang menyaksikan tambahan 2,000 lagi permit untuk empat buah negara itu.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, AFAFGIT sebenarnya bertujuan memudahkan urusan pengangkutan dalam usaha menyokong Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).

“Bagi pelaksanaan itu, kerajaan mewartakan dua perundangan subsidiari pada semalam untuk pergerakan kenderaan barang berpendaftaran asing merentas sempadan,” katanya.

Agensi Pengakutan Awam Darat (APAD) ujar beliau, dilantik sebagai pihak kompeten yang akan mengeluarkan permit khas dikenali ASEAN Goods Vehicle Cross-Border (AGVCB).

Sementara Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bakal mengoperasikan penuh ACTS yang merupakan sistem perisian elektronik untuk merentasi sempadan semua negara ASEAN.

Mereka juga tambah beliau, hanya menggunakan sebuah kenderaan sahaja dan tidak akan diminta untuk menukar trak tersebut di sepanjang negara anggota ASEAN yang dilalui.

“Pelaksanaan skim ini akan mengubah landskap sektor logistik negara secara drastik dan merancakkan perdagangan serantau selain peluang luas bagi firma tempatan,” katanya.

Jumlah permit pula tegas beliau, bahkan boleh ditingkatkan lagi sekiranya perlu dengan mendapat persetujuan semua negara anggota blok berkenaan selaras dengan misi AFTA. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya