26 penyelidikan Malaysia menang dalam anugerah inovasi Seoul

26 penyelidikan Malaysia menang anugerah inovasi Seoul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyelidik Malaysia melakar sejarah gemilang dengan 26 kemenangan dalam pertandingan Pameran Reka Cipta Antarabangsa Seoul (SIIF), Korea anjuran Persatuan Penggalakkan Reka Cipta Korea  (KIPA) yang diadakan 1 hingga 4 November lalu.

Presiden Persatuan Saintis Penyelidik Malaysia (MARS), Dr. Muhd. Noor Muhd Yunus berkata, penting untuk memastikan para penyelidik dan perekacipta sentiasa bersemangat untuk menghasilkan idea-idea baru yang bukan sahaja berteknologi tinggi, malah dapat terus menyentuh masyarakat dalam menyelesaikan isu dan permasalahan semasa.

Katanya, bersempena dengan SIIF tahun ini, MARS mengambil inisiatif melancarkan keahlian dalam MARS bagi kategori pelajar (SMARS) yang selari dengan hasrat untuk merancakkan lagi agenda STEM dan memastikan ekosistem yang baik dan berterusan dalam merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berinovatif dan kreatif. 

“Budaya berinovasi haruslah dipupuk dan di semai daripada alam persekolahan lagi. Bagi tujuan ini, saya menyeru kepada badan-badan korporat, swasta dan NGO untuk tampil dan memainkan peranan yang aktif seperti menyumbang dan menyokong aktiviti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Dengan menaja pelajar-pelajar sekolah atau universiti mengambil bahagian dalam pertandingan di peringkat antarabangsa seperti ini, sudah pasti akan menjadi pemangkin dan aspirasi ke arah mewujudkan masyarakat yang kreatif dan berinovasi,” katanya dalam satu kenyataan.

SIIF anjuran KIPA merupakan pameran dan pertandingan reka cipta tahunan yang diiktiraf ketiga terbesar di dunia. Pada tahun ini, pihak penganjur berjaya menghimpunkan sebanyak 484 produk rekacipta dan inovasi daripada 26 negara.

Dengan mengambil kira kriteria utama pertandingan seperti tahap reka bentuk teknologi, kebolehpasaran (marketability) produk dan nilai pasaran dan idea yang dapat menyelesaikan permasalahan masyarakat, pasukan Malaysia telah berjaya membawa pulang satu hadiah utama (Grand Prize), tujuh pingat emas, 10 pingat perak dan lapan pingat gangsa.

Senarai 26 kemenangan 

  1. Asfalt FWB – Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  2. G2 Tag Radig Meter (Agensi Nuklear Malaysia)
  3. Bahan Ciptaan daripada Sisa Pertanian dan Sumber Semula Jadi untuk Industri Kesejahteraan Mampan (Universiti Teknologi Malaysia (UTM)/ SHE EEMPIRE SDN BHD)
  4. Putra Pro-Cut Dan Putra Fast-Snap: Merevolusikan Teknik Pembesaran Marcotting – Universiti Putra Malaysia (UPM)
  5. Penghalang Kakisan MA26 – Ekstrak Daun Musa Acuminata (pisang) sebagai Penghalang Kakisan Hijau untuk Keluli Lembut dalam Persekitaran HCl – Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  6. Pelincir Hitam Emas – Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  7. Perangkap Emas EZ: Perangkap Pomacea Canaliculata yang mampan untuk kegunaan mudah – UTM
  8. Sistem Berasaskan Penglihatan Komputer untuk Kawalan Kos Pembinaan dalam Masa Nyata (CONVIS-COST) – Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  9. UNILEAD 2.0: Sistem Profil untuk Pengurusan Bakat di institusi pengajian tinggi (IPT) – Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT)
  10. r-Agaresin: Penentuan Kandungan Rapid Resin untuk Standard Penggredan Gaharu – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
  11. Kit Pengesanan Gabungan Leukemia – Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)
  12. NEVGRO FORTE Alternatif untuk Kemurungan Kebimbangan – Management and Science University (MSU)
  13. Kit pengekodan pertama saya: Temui Kegembiraan Pengekodan – Sekolah Kebangsaan Seksyen 19
  14. Pengendali Noda Pintar – Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah
  15. Ladang Berjentera Pintar – Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim
  16. NK BeuTeen: Bahan Anti Jerawat Lestari Yang Mampu Mampu Untuk Penjagaan Kulit Remaja Yang Lebih Selamat – Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu
  17. Cakna siber: Kit Kesedaran Keselamatan Siber – Kolej Universiti TATI (UC TATI)
  18. Maltenator – Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  19. GOUTREE: Mencita-citakan Ubat Botenik Antigout yang baharu – FRIM
  20. EcoSmart Feeder 3.0: Integrasi dalam Aquaponic – Sekolah Kebangsaan Seksyen 19
  21. RAMOS-Bilik Pengesanan Sistem Pemantauan Penyejukan Udara – Sekolah Kebangsaan Seksyen 19
  22. Herbaceso – Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah
  23. Nanosilver Neem Easebalm – Kolej Universiti TATI (UC TATI)
  24. MyPeribahasa – Kolej Universiti TATI (UC TATI)
  25. Braille embosser elektronik untuk Penyelesaian Pendidikan (mBose) – Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  26. Saringan Molekul Karbon Ditapis Untuk Prestasi Peresapan Gas Berbilang Termaju kami – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)-UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya