200 murid solat hajat mohon konflik Israel-Palestin berakhir

200 murid solat hajat mohon konflik Israel-Palestin berakhir

RATUSAN murid berkumpul bagi menyatakan pendirian menentang keganasan dalam kempen kemanusiaan Palestin di SK Guar Jentik, Padang Besar, Perlis, semalam. -UTUSAN/SYED AZLAN SAYID HIZAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Kesengsaraan dan penderitaan penduduk Palestin mendapat perhatian murid sekolah rendah luar bandar di negeri ini yang mengadakan solat hajat memohon supaya konflik itu segera berakhir.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Jentik, Mohd. Ansari Ahmad berkata, lebih 200 warga sekolah itu berkumpul melaksanakan solat hajat dan bacaan surah Yasin untuk rakyat Palestin.

Katanya, hampir kesemua murid beragama Islam di SK Guar Jentik dari tahun satu hingga enam termasuk ibu bapa dan guru menunaikan solat hajat yang dipimpin Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Abdul Razak Husin.

“Tujuan kami mengadakan solat hajat adalah memohon kepada Allah SWT agar dikekalkan keselamatan serta keamanan semua penduduk dunia selain penderitaan dialami khususnya konflik berdarah yang sedang menimpa penduduk Palestin sekarang segera berakhir.

“SK Guar Jentik turut menganjurkan pameran mengenai peperangan Israel-Palestin, kuiz untuk menguji pengetahuan murid-murid, persembahan, nyanyian bertemakan kemanusiaan dan pelbagai aktiviti lain” katanya.

Menurut Mohd. Ansari, kesemua aktiviti tersebut dilaksanakan sempena Minggu Solidariti Kemanusiaan Palestin selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Katanya, program yang dilaksanakan adalah untuk menyemai sifat kemanusiaan dalam diri murid agar mempunyai belas kasihan dan kasih sayang terhadap manusia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya