2 mangsa runtuhan tiang rasuk masih dirawat di HPP - Utusan Malaysia

2 mangsa runtuhan tiang rasuk masih dirawat di HPP

PEKARANGAN Unit Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

 

GEORGE TOWN: Dua pekerja asing warga Bangladesh yang cedera parah dalam tragedi runtuhan di tapak pembinaan sebuah gudang di Batu Maung dekat sini, malam tadi masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen berkata, setakat pukul 9.30 pagi, kedua-dua mangsa itu sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan hospital terbabit.

DANIEL GOOI ZI SEN

“Salah seorang mangsa berada di bawah pengawasan pasukan Jabatan Ortopedik manakala seorang lagi dipantau Jabatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif.

“Kita akan maklumkan perkembangan mangsa dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, seorang mangsa yang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan dua mangsa yang maut di tempat kejadian masih berada di Jabatan Perubatan Forensik HPP untuk tindakan selanjutnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.58 malam tadi itu, seramai 18 buruh binaan warga Bangladesh ditimpa tiang rasuk seberat 14 tan dan sepanjang 12 meter ketika sedang bekerja di tapak pembinaan sebuah gudang di Batu Maung, dekat sini.

Setakat pukul 12 tengah hari ini, tiga disahkan maut iaitu masing-masing dua di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital.

Seramai dua lagi cedera parah manakala sembilan terselamat.

Ketika ini juga, pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan empat lagi mangsa yang dikhuatiri masih tertimbus. – UTUSAN

.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya