183,642 kanta lekap, cecair pembersi dirampas

183,642 kanta lekap, cecair pembersih tidak berdaftar bernilai RM500,000 dirampas

SEBANYAK 183,642 unit kanta lekap dan cecair pembersih tidak berdaftar dengan dianggarkan bernilai RM500,000 dirampas MDA. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Sebanyak 183,642 unit kanta lekap dan cecair pembersih dianggarkan bernilai RM500,000 dirampas Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) kerana disyaki mengimport peranti perubatan tidak berdaftar.

Ketua Eksekutif MDA, Dr. P. Muralitharan berkata, ia hasil serbuan ke atas dua premis syarikat pengimport di ibu negara pada 8 November lalu oleh dua pasukan disertai 19 anggota penguatkuasaan MDA dengan dibantu 15 pegawai penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Beliau berkata, syarikat itu didapati melakukan pelanggaran Seksyen 5(1) Akta MDA iaitu pengimportan dan peranti perubatan tidak berdaftar diletak dalam pasaran.

“Salah satu daripada syarikat tersebut juga didapati melanggar Seksyen 15(1) Akta MDA kerana operasinya tiada memegang lesen establismen sah.

“Jika sabit kesalahan bagi dua pelanggaran ini, mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM200,000 atau dipenjarakan maksimum tempoh tiga tahun,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Muralitharan turut memaklumkan, pihak MDA bertindak menggantung 16 lesen establismen kerana tidak mematuhi keperluan akta ditetapkan.

Katanya, sehingga kini MDA berjaya melakukan 10 serbuan di seluruh negara dengan nilai rampasan produk secara keseluruhannya mencecah nilai RM1.03 juta.

Pada masa sama, beliau menasihatkan masyarakat agar sentiasa menyemak status pendaftaran sesuatu peranti perubatan dan lesen establismen sesebuah syarikat terlibat melalui laman sesawang rasmi agensi itu kerana dibimbangi ada produk yang dibeli mungkin tidak selamat dan memudaratkan kesihatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya