17 hari di PPS, mangsa banjir tak sabar mahu pulang

17 hari di PPS, mangsa banjir tak sabar mahu pulang

SHAMSUL Iskandar Mohd. Akin menyerahkan bantuan khas Perdana Menteri kepada mangsa banjir di SK Changkat Lobak di Bagan Serai. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Mangsa banjir di daerah ini sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah masing-masing kerana sudah 17 hari berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak di sini.

Mangsa banjir, Nor Anis Dayana Saad, 25, berkata, dia berpindah ke PPS SK Changkat Lobak sejak PPS itu dibuka pada 25 Oktober lalu akibat banjir.

Katanya, banjir melanda kediamannya pada kira-kira pukul 2 pagi menyebabkan dan dan keluarganya serta bayi lelaki, Muhammad Adam Danish Sulaiman yang berusia tiga bulan berpindah ke PPS SK Changkat Lobak.

“Ini merupakan kali pertama tahun ini saya bersama 13 ahli keluarga yang lain terpaksa berpindah ke PPS. Masuk hari ini (Sabtu) sudah 17 hari kami berada di sini.

“Kami rasa tak sabar nak pulang ke rumah, sudah terlalu lama berada di PPS tapi keadaan cuaca masih tidak menentu dan air banjir masih lagi bertakung di kawasan kampung,” katanya di sini semalam.

Mangsa banjir di PPS itu dikunjung Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin semalam.

Shamsul Iskandar berkata, Perdana Menteri meluluskan bantuan sekali bayar sebanyak RM500 kepada setiap keluarga di Perak dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM77,500

“Perdana Menteri turut mengarahkan jumlah bantuan tunai kepada mangsa banjir diselaraskan mengikut tahap kerosakan.

“Kerajaan tidak akan mengabaikan mangsa banjir,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya