1,322 pengurus, penolong PEDi dapat tambahan elaun RM500

1,322 pengurus, penolong PEDi dapat tambahan elaun RM500

ANWAR Ibrahim merasmikan Persidangan PEDi Madani 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju menambah elaun kepada sejumlah 1,322 pengurus dan penolong pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) sebanyak RM500 bermula Januari ini sebagai dorongan kepada mereka dalam menguruskan pusat berkenaan demi manfaat masyarakat.

Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada masa ini setiap pengurus memperoleh elaun sebanyak RM2,000 ditingkatkan kepada RM2,500 manakala RM1,500 ditambah kepada RM2,000 bagi penolong pengurus.

Beliau berkata, tambahan elaun itu sebagai menghargai dedikasi golongan itu meliputi 801 pengurus dan 521 penolong pengurus yang berjaya memberi manfaat kepada komuniti sekelilingnya.

Pada masa sama, beliau memberi jaminan bersedia menambah peruntukan untuk memperkasa peranan PEDi berbanding peruntukan sebanyak RM25 juta sebagiamana yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2024.

“Saya terharu orang muda terlibat dalam PEDi begitu semangat dan memberi dukungan lebih kepada PEDi.

“Oleh kerana transformasi digital menjadi tonggak dalam strategi ekonomi Madani dan melihat prestasi anak-anak dalam kalangan pengurus dan penolong pengurus yang berjaya serta dedikasi memberi manfaat kepada komuniti sekelilingnya, saya nak tambah ‘beban’ lagi.

“Hasrat ini supaya setiap PEDi itu dipantau dan memberikan laporan supaya dapat mengurus kepada kelompok lebih luas terutama anak muda dan pelajar sekolah dalam memberikan latihan kepada mereka memperkenal pelbagai aplikasi dan kecanggihan bidang ini,” katanya ketika merasmikan Persidangan PEDi Madani 2023 di sini hari ini.

Anwar turut menggesa semua syarikat telekomunikasi (telco) membantu menyelaraskan dan meningkatkan bidang kepakaran baharu yang diperlukan di negara ini dan mengenal pasti mereka yang boleh diberikan latihan bagi membolehkan mereka menerokai pekerjaan dalam bidang teknologi baharu.

Beliau berkata, selain Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Kementerian Komunikasi dan Digital, pemilik syarikat telco besar diseru  memberi lebih tumpuan membantu rakyat dalam agenda pembangunan digital.

Katanya, kebimbangan utama dalam usaha meningkatkan transformasi digital adalah kesenjangan melebar antara golongan berada dan miskin, mereka yang kurang berpeluang semakin tersisih, terpinggir dan jauh ketinggalan serta tidak mampu bersaing bersama.

“Transformasi digital memberi asakan baharu sebagai tunjang pembangunan tidak boleh mengetepikan kepentingan digital, tetapi harus waspada dengan budaya negatif kalau ia tidak membantu mengangkat martabat rakyat yang kurang bernasib baik kerana kemudahan itu hanya dijurus kepada satu daerah.

“Pengusaha dan pemilik syarikat telco besar ini perlu memberi tumpuan lebih supaya agenda pembangunan tidak hanya mengenai kecanggihan teknologi tetapi membantu rakyat termasuk melalui PEDi.

“Dengan cara itu kita memaknai apa itu keadilan mengangkat martabat negara dari sudut transformasi digital dan memastikan kemudahan itu meluas ke semua peringkat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya