12 pengunjung pusat hiburan ditahan disyaki positif dadah - Utusan Malaysia

12 pengunjung pusat hiburan ditahan disyaki positif dadah

ANTARA pengunjung di pusat hiburan di Lebuh Chulia di George Town, Pulau Pinang yang ditahan polis semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seramai 10 lelaki termasuk dua warga Indonesia serta dua wanita ditahan di pusat hiburan di Lebuh Chulia, di sini semalam kerana disyaki positif dadah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden V. Saravanan berkata, menerusi operasi yang bermula pukul 1 pagi itu, seramai 67 orang termasuk 25 wanita yang berada di pusat hiburan tersebut telah diperiksa.

ANTARA pengunjung di pusat hiburan di Lebuh Chulia di George Town, Pulau Pinang yang ditahan polis semalam.

”Kesemua 67 pengunjung yang diperiksa ini termasuk 26 warga asing dan 12 daripada mereka kemudiannya didapati positif dadah.

“Kesemua yang positif dadah termasuk dua wanita ini berusia 19 hingga 50 tahun dan mereka ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kes itu disiasat menurut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya