PETALING JAYA: Kerajaan meluluskan kuota tambahan sebanyak 112,260 kampit 20 kilogram (kg) benih padi sah (BPS) bagi menangani masalah bekalan yang dihadapi pesawah terutama di Kedah dan Perlis. Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata, kuota tambahan BPS itu diedarkan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) serta pesawah di Kedah dan Perlis bermula Jumaat lalu. Kata beliau, sebelum ini kerajaan turut mengeluarkan surat arahan penjualan BPS secara terus kepada PPK dan pesawah yang mana ia berkuat kuasa 11 Oktober lalu bertujuan memastikan bekalan mencukupi untuk musim penanaman.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya