Zahid cadang modul literasi kewangan dalam PLKN 3.0 - Utusan Malaysia

Zahid cadang modul literasi kewangan dalam PLKN 3.0

Literasi kewangan
AHMAD Zahid Hamidi dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Literasi Kewangan Belia Peringkat Kebangsaan 2023 dekat UiTM Puncak Alam di Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Literasi kewangan dicadangkan supaya dapat dimasukkan dalam modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan dilaksanakan dalam waktu terdekat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, modul atau kursus khas itu dianggap amat penting bagi generasi muda menghadapi cabaran pada masa akan datang.

“Generasi baharu di Malaysia dan seluruh dunia kini terkekang dengan permasalahan pembelian secara dalam talian, penawaran kad kredit dan pembelian tanpa menggunakan kewangan.

“Beberapa pendekatan mesti dilakukan supaya kadar kebankrapan ini dapat ditangani secara lebih awal,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Literasi Kewangan Belia Peringkat Kebangsaan 2023 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, hari ini.

Beliau menambah, golongan muda yang belum memasuki pasaran pekerjaan dikhuatiri sudah dibebani hutang dan kebankrapan jika tiada pelan perancangan dilakukan.

“Kita bimbang mereka itu terlebih dulu mempunyai daya keberhutangan tinggi kelak. Keadaan seumpama ini amat tidak sihat dan perlu dielak sama sekali,” ujarnya.

Justeru, Ahmad Zahid menjelaskan, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (iLEAD), PLKN dan kursus dikendalikan mana-mana institusi pendidikan termasuk Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) dan pengajian tinggi perlu menekankan soal literasi kewangan supaya dimasukkan sebagai salah sebuah modul penting.

“Sehingga kini, terdapat 1,334 institusi TVET dan saya akan turut menekankan soal literasi kewangan ini agar dimasukkan sebagai modul tersebut.

“Kepimpinan dan pelbagai kursus di IPT dan kolej lain juga mampu menyediakan daya tahan terhadap permasalahan dihadapi generasi itu dengan sistem penawaran kewangan baharu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya