YTSP sumbang RM41,800 pada 34 bayi, bantuan peralatan perubatan - Utusan Malaysia

YTSP sumbang RM41,800 pada 34 bayi, bantuan peralatan perubatan

TUANKU Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Simpanan Bayi Lahir Tabung Putra Petri Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis 2023 dan bantuan pesakit-pesakit Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Hotel Putra Regency di sini, semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Simpanan Bayi Lahir Tabung Putra Petri Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis 2023 dan bantuan pesakit-pesakit Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Hotel Putra Regency di sini, semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Setiausaha Kehormat YTSP Perlis, Datuk Johari Mohd Darus; Pengarah HTF, Dr. Nordin Mohamed; Pengarah Tabung Haji Wilayah Utara, Datuk Mohammad Mokhzani Mukhtar dan Pengurus Amanah Saham Nasional Berhad cawangan Kangar, Nurul Syuhada Marzuki.

Sumbangan Simpanan Bayi Lahir yang diadakan itu adalah salah satu program kebajikan YTSP Perlis.

Bagi bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang beragama Islam, sumbangan mereka dikreditkan ke dalam akaun bayi berkenaan di Lembaga Tabung Haji dan terus didaftarkan menunaikan haji apabila dewasa kelak manakala yang bukan beragama Islam di Amanah Saham Nasional Berhad.

Lembaga Tabung Haji dan Amanah Saham Nasional Berhad akan memegang amanah bagi pihak YTSP Perlis untuk memastikan bahawa simpanan tersebut tidak boleh dikeluarkan oleh sesiapa termasuk ibu bapa bayi berkenaan kecuali oleh bayi tersebut sendiri apabila mencecah umur 18 tahun ke atas.

Tuanku Hajah Lailatul Shahreen berkenan untuk menyempurnakan pengurniakan sumbangan sebanyak RM41,800 kepada 34 orang bayi yang terpilih pada kali ini dan bantuan peralatan perubatan yang berupa cermin mata kepada dua orang pesakit dari HTF.

Baginda menzahirkan agar pihak berwajib sentiasa mengemas kini data-data terbaru golongan yang kurang bernasib baik di negeri ini bagi memastikan tiada seorang pun terlepas daripada menerima segala jenis bantuan yang sepatutnya.

Sebagai rekod, YTSP merupakan rakan strategik Unit Kerja Sosial HTF dan telah memberi sumbangan peralatan perubatan kepada lebih 539 pesakit yang menelan belanja sebanyak RM1,079,863.00 sejak tahun 2007 hingga 2023 untuk tujuan tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya