Yayasan LTAT sumbang RM466,150 untuk anak warga ATM menabung

Yayasan LTAT sumbang RM466,150 untuk anak warga ATM menabung

RAJA Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (Bersara) (tiga dari kiri) bersama Dr. Mohd. Nizar Sudin (dua dari kanan) dan Rozimin Ahamed Kamil (tiga dari kanan) menyantuni bapa penerima manfaat sempena pembukaan kaunter pendaftaran SPARK di SK TUDM Subang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) menyumbang sebanyak RM466,150 kepada Skim Penabungan Anak-Anak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Rukun Kelima (SPARK) Siri 2 sebagai langkah mengukuhkan amalan menabung dalam kalangan anak-anak warga ATM.

Sumbangan tersebut sebagai salah satu inisiatif pembangunan kebajikan anak-anak warga ATM yang bakal memberi manfaat kepada 9,323 orang.

Unit Komunikasi Korporat YLTAT dalam kenyataannya memaklumkan, penerima sumbangan bagi inisiatif SPARK Siri 2 setakat bulan ini adalah membabitkan Selangor dan Kuala Lumpur.

“Inisiatif SPARK setakat ini merangkumi negeri Selangor iaitu pada Siri 1 tahun 2022 membabitkan 1,049 anak-anak warga ATM dan Siri 2 tahun 2023 membabitkan 337 orang.

“Sementara itu, di Kuala Lumpur pula seramai 3,234 anak-anak warga ATM terbabit dalam inisiatif SPARK Siri 1 pada tahun lalu manakala untuk Siri 2 pula membabitkan 750 orang,” katanya.

Menurut kenyataan itu, setiap anak warga ATM Darjah Satu hingga Tingkatan Lima yang bersekolah di sekolah dalam kem akan menerima sumbangan RM50 sebagai dana permulaan pembukaan akaun Lembaga Tabung Haji atau pengkreditan dana berkenaan ke akaun sedia ada mereka. 

“Bagi pelaksanaan Siri 2, inisiatif ini diperluas kepada pelajar Pra Sekolah,” katanya. 

Skim itu adalah hasil jaringan kerjasama strategik TLTAT bersama Lembaga Tabung Haji (TH) untuk menyediakan platform tabung jangka panjang kepada anak-anak warga ATM.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Tabung Haji (LTAT) merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah YLTAT, Jeneral (Bersara) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor di Sekolah Kebangsaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Selangor.

Raja Mohamed Affandi turut diirngi oleh Ketua Eksekutif YLTAT, Datuk Dr. Mohd. Nizar Sudin menyerahkan cek tersebut kepada Timbalan Pengurus Besar Operasi Sokongan TH, Rozimin Ahamed Kamil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya