Waspada skim pelaburan ‘Xfox Mix Biz’ didakwa guna nama, syarikat milik individu lain

Waspada skim pelaburan ‘Xfox Mix Biz’ didakwa guna nama, syarikat milik individu lain

RAMLI MOHAMED YOOSUF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mana-mana individu yang menyertai skim pelaburan ‘Xfox Mix Biz’ diminta tampil membuat laporan bagi membolehkan satu siasatan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes penipuan.

Pengarah Jabatan Siasatan Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, satu laporan polis diterima oleh seorang pengadu yang mendakwa nama dan logo syarikatnya digunakan bagi mempromosikan skim pelaburan itu.

Kata beliau, pengadu menafikan pengetahuan mahupun penglibatan syarikatnya dengan skim pelaburan tersebut. 

“Berdasarkan semakan, tiada laporan diterima polis dari mana-mana individu menjadi mangsa penipuan skim tersebut setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, dalam usaha membendung kegiatan sindiket penipuan, masyarakat diingatkan untuk tidak terpedaya dengan promosi pelaburan yang menjanjikan keuntungan terlalu lumayan dalam masa yang singkat.

“Semakan terperinci dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan perlu sentiasa dilakukan sebelum mengambil keputusan menyertai skim pelaburan tertentu.

“Dapatkan nasihat serta maklumat lanjut dari sumber-sumber rasmi seperti National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997, Portal Senak Mule, Alert List Bank Negara Malaysia (BNM) dan  Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebelum membuat keputusan untuk menyertai skim pelaburan meragukan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya