Warga emas maut kereta bertembung treler - Utusan Malaysia

Warga emas maut kereta bertembung treler

SEORANG emas maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang, awal pagi tadi. - Pix: IHSAN JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

BUTTETWORTH: Seorang warga emas maut selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 158 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Jawi, di sini awal pagi tadi.

Mangsa, R. Thamudoran, 63, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap, Mohd. Faizal Khan Mohd. Hasan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pukul 1.45 pagi.

Katanya, pihaknya dimaklumkan kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Kembara dengan sebuah treler.

“Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap dibantu BPP Nibong Tebal dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kemalangan telah mengakibatkan pemandu kereta tersepit di bahagian kaki dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi.

“Susulan itu, kita telah menjalankan ‘size up’ dan melakukan kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan khas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan mangsa berjaya dikeluarkan pukul 2.15 pagi dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pukul 3.01 pagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya