Warga emas maut dilanggar kereta ketika melintas jalan ke masjid - Utusan Malaysia

Warga emas maut dilanggar kereta ketika melintas jalan ke masjid

KEADAAN mayat Lijah Ismail yang ditutup plastik hitam selepas terlibat dalam kemalangan di kampung Jeram, Manir, Kuala Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita warga emas tidak sempat menunaikan solat Subuh selepas maut dilanggar kereta ketika sedang melintas jalan menuju masjid di Kampung Jeram, Manir, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, mangsa, Lijah Ismail, 82, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku ketika sebuah kenderaan Proton Preve dari arah Manir ke Kampung Kebor Besar melalui jalan terbabit kira-kira pukul 6 pagi.

Setibanya di tempat kejadian, beliau berkata, pemandu kereta yang merupakan seorang lelaki berusia 56 tahun gagal mengelak mangsa yang sedang melintas lalu terlanggar wanita terbabit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

“Pemandu kereta pula terselamat dan tidak mengalami kecederaan sebelum dia membuat laporan polis selepas kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, saksi yang melihat kemalangan itu diminta hadir ke Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya